Tuesday, 17 January 2012

Sediakan payung sebelum hujan



Pengenalan

Ketika anda membaca artikel ini, beribu-ribu orang di negara kita ini sudah dilindungi dengan pelan insurans atau takaful. Dari yang berpendapatan rendah sehinggalah kepada yang berpendapatan tinggi menyedari kepentingan insurans dan takaful untuk masa depan mereka. Ia juga dijadikan sandaran untuk bekalan masa depan sendiri mahupun bekalan untuk ditinggalkan kepada insan tersayang apabila mereka sudah tiada nanti.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda mempunyai perlindungan diri? Perlindungan bagaimana yang anda miliki? Insurans atau takaful?
Perkara yang perlu diambil berat sebelum mengambil polisi insurans atau takaful adalah; adakah ianya halal dari segi syarak?
Insurans hayat ini hanya harus apabila ada akad yang tertentu yang diluluskan oleh syarak iaitu atas konsep orang lain hendak membantu keluarga yang ditimpa kematian atau kemalangan. yang lain daripada itu adalah ditolak oleh syarak.
Konsep membantu hanya terdapat dalam produk Takaful di mana takaful mengamalkan kaedah khairat sesama ahli. Di sini para peserta takaful menjamin antara satu sama lain dan dana yang terkumpul akan digunakan untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah.
Bayangkan jika sesuatu terjadi kepada anda. Apakah yang akan anda tinggalkan kepada insan tersayang? Bagaimana dengan ibu bapa yang anda sara selama ini? Bagaimana nafkah pasangan atau anak-anak anda nanti?

Jangan terlalu berkira untuk menyumbangkan RM100 setiap bulan kepada Pelan Takaful yang anda pilih kerana wang tersebut akan dikumpulkan ke dalam simpanan anda dan juga untuk amal jariah. Apabila mencecah tarikh matang, anda akan menerima kembali simpanan anda beserta keuntungan.

Fikirkan juga berapa jumlah yang sepatutnya anda dilindungi. Cukupkan dengan perlindungan RM50,000? Kemudian berapa ramaikah yang mendapat manfaat dari jumlah yang nada tinggalkan? Jika anda mempunyai 5 orang anak atau waris, maka RM10,000 seorang. Cukupkah untuk masa depan mereka?


Apa kata anda tetapkan jumlah perlindungan sebanyak RM100,000 atau lebih? Dengan RM150 sebulan pun anda boleh mendapat perlindungan sebanyak itu.

Jangan fikir Pelan Takaful ini hanya untuk perlindungan anda sahaja. Tiada siapa yang mahu ditimpa musibah. Jadikan Pelan Takaful ini sebagai disiplin menyimpan, tabungan untuk masa depan. Simpan dalam bank tiada perlindungan diri. Simpan dengan Takaful banyak manfaatnya.

Selamat menyertai Takaful...












Mungkin ada yang terfikir bagaimana jika kita mampu bekerja seperti biasa sehinggalah tarikh pencen kita, tetapi pernahkah anda terfikir adakah pelan pelindungan(takaful @ insurans) tempat kita bekerja tersebut terus menerus menanggung kita walaupun sesudah kita pencen kelak?
Anggaran kita akan pencen di dalam lingkungan umur 55 sehingga 60 tahun. Dan selepas tamat tempoh perkhidmatan kita tersebut, mungkin ada di antara kita terfikir baru nak mula merancang untuk mengambil pelan perlindungan peribadi.
Sering kali kita dengar ucapan begini:

” Takpelah, nanti bila sudah pencen nanti, barulah aku ambil pelan perlindungan peribadi ni…Apa nak dirisaukan…”

Tetapi bolehkah kita menjangkakan untuk sampai ke usia tersebut, kita tidak akan menghidapi sebarang penyakit kritikal seperti kecing manis, darah tinggi dan sebagainya?
Berita buruknya tiada syarikat takaful/insuran yang akan beri tawaran kepada anda untuk perlindungan apabila anda sudah disahkan menghidapi penyakit kritikal.

Percayalah!!


Memburukkan lagi keadaan, dengan keadaan kita yang sudah mula mengalami penyakit-penyakit yang lazimnya berlaku pada usia emas kita, kita mungkin terpaksa menggunakan duit simpanan semasa kita bekerja ( duit persaraan atau KWSP) untuk menanggung kos rawatan tersebut.Duit yg kita simpan selama ini hanya untuk menanggung kos perubatan.


Perlukah kita mempunyai Kad Perubatan berasaskan Takaful?

Janganlah baru terfikir begini bila kita sudah ditimpa musibah...

"Alangkah baiknya jika dari dulu lagi aku sudah mula menyimpan untuk tujuan kecemasan macam ini…."

Sudah terlambat...

Jika waktu itu anda sudah mula dimasukkan ke hospital atau sudah disahkan mempunyai penyakit kritikal, tiada syarikat insuran/takaful yang akan memberikan tawaran kepada anda untuk anda membeli polisi perlindungan mereka walaupun ketika itu anda mampu membayar dengan harga premium yang tinggi.

Sememangnya kita tidak mahu malapetaka berlaku kepada diri sendiri, tetapi terdayakah kita melawan takdir?
Atau setidak-tidaknya adakah kita semua tahu nasib kita untuk masa akan datang dan sudah bersedia menghadapinya?
Fikirkan lah kepentingan mempunyai perlindungan takaful…..

Di sini, saya senaraikan sebab utama mengapa orang harus mempunyai perlindungan takaful:

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan
dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan
keluarga dalam apa jua keadaan.


2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, perlindungan takaful memastikan keperluan keluarga tidak
terjejas.


3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka.
Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.


4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan.Perlindungan takaful  adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.


5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang
yang bijak mengunakan perlindungan takaful  untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/
kesihatan yang tinggi.


6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Perlindungan takaful  membolehkan anda
menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.


7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, perlindungan takaful  adalah pemberian yang berharga dan
kekal sepanjang hayat.




Dapatkan Pelan Takaful yang memberikan anda ganjaran apabila anda kekal sihat
Hubungi Saya untuk maklumat lanjut:

Izar
Etiqa Takaful
-SMS ke 019-2428972 untuk pertanyaan dan temujanji