Tip kejayaan..
Setiap orang boleh mencapai kecemerlangan.
Kejayaan tidak terbatas kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja.
Anda mungkin manusia biasa,petani,kerani,guru,peniaga kecil atau polis.Anda juga mungkin memiliki kecerdasan biasa,dalam erti kata lain anda selama ini tidak pernah memaparkan apa-apa kepintaran luar biasa.Tempat anda dilahirkan juga adalah tempat biasa,bukan tempat elit yang terkenal diseluruh negara.
Namun demikian, sekiranya anda berusaha secara luar biasa dimana:
- Anda berusaha jauh lebih kuat daripada manusia lain
- Ketika mereka berputus asa anda masih berusaha
- Anda berikhtiar dan mencari pelbagai jalan untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri
- Anda menggunakan setiap peluang yang ada untuk menguasai semua aspek kehidupan
Maka,
anda berpeluang mencapai tahap yang terbaik
